Saturday, May 12, 2012

Konvoi To HaTyai


Tanggal 11 Mac 2012 (Ahad) pukul 8.00am bergegas packing barang masuk kereta untuk konvoi bersama kengkawang NEXO trip to Hatyai. Sebelum bertolak ke tempat pertemuan, pergi ambil karipap yang ditempah sebagai bekal semasa perjalanan. Then breakfast bersama family. Pukul 9.30am tunggu Remy & Family dekat toll alor setar utara. Kemudian terus bertolak ke Changlun untuk jumpa kengkawan di sana. Sampai Changlun buat insuran keta n tukar duit. Then bertolak ke Danok.

Pukul 12.15tengahari sampai di Danok. Pergi chop apa yang patut then masuk beramai-ramai ke Thailand    "SaWadiKaP"......

12.45 tengahari makan di kedai dekat pintu gerbang (Kedai Haji). Kira kena katok gak la time tu, makan nasi goreng udang 6 pinggan plus air kena sampai RM64.00 emmmmmmmmmmmmmm....
Lepas je semua habis makan, maka bergerak lah 6 biji EXORA ke HatYai......

 "HatYai here WE CoMe!!!"


Sing Golden Place Hotel, Hatyai

Pukul 2.45 tengahari check-in di Sing Golden Place Hotel, emmmm best gak hotel ni. Tapi jauh sikit la dari Central. Kalau nak ke Central boleh la jugak nak jalan kaki tapi TukTuk ada banyak so no hal punya nak ke mana2 pun.
Hubby sedang kautim dengan geng TukTuk

After check-in, lepak2 n buat apa yang patut. Then pukul 5.00 petang (M'sia time) pakat turun ramai2 nak ke Floating Market. Floating Market dibuka pada hari Sabtu & Ahad je dari pukul 5.00pm - 9.00pm M'sia time kalau ikut jam Thailand 4.00pm - 8.00pm la. Kami ke Floating Market tak naik EXORA. EXORA kasi rehat so kami konvoi TukTuk pulak. TukTuk sana memang rempit punya...hehehe best!!!...perjalanan dari hotel ke Floating Market agak jauh jugak so TukTuk ambil 1 TukTuk RM50 untuk perjalanan pergi dan balik..... Setibanya di Floating Market, emmm macam2 ade kat sini. Makanan org muslim pun banyak so tak payah risau kerana yang jual pun muslim. Kalau yg jual tu bukan muslim jangan beli la. Murah-murah jugak!!!



Floating Market

Pukul 7.00pm balik ke hotel. Then pukul 8.30pm menaiki TukTuk ke Peetai (Pasar Malam). Tak sempat ambil gambar semasa di Peetai. Di sini memang best, baju, makeup n macam2 ade, memang murah. Tak dapat semurah tu di Malaysia.Abis shopping balik ke Hotel.

12 April 2012 (Isnin) pukul 9.00am beramai-ramai ke Thai... untuk makan pagi. Ada roti canai, mee goreng, keowtiau goreng, nasi kerabu dan macam2 lagi. Harga boleh tahan tak mahal n tak murah. Pukul 1.00pm berkonvoi pulak ke Songkhla. Pukul 1.30 berhenti sebentar untuk makan tengahari. Kemudian singgah di Pantai Samila bergambar dengan duyung.


 
pukul 4.00 bergerak ke Ice Dome. Memang best kat sini, sejuk betul -15. Perggghhhh memang cantik2 ais kat dalam. Anak-anak seronok sangat, siap ada gelongsor lagi.



Pukul 6.30pm balik ke Hotel. Malam keluar makan dekat central area Pink Lady. Macam2 ade situ. Nasi Lemak, Teh Tarik Special, Pak Tongko, Pulut Ayam, Pulut Pelam dan macam2 yang best2. Abis makan pergi shopping2, massage kaki and balik Hotel.

 

13 April 2012 (Selasa) pukul 9.00am breakfast di Restoran Abdul Rahman ada nasi lauk, makanan goreng and roti canai kat sini. Bayaran tak mahal.


Pukul 12.00 mula berkemas untuk check-out. Setelah settle semuanya, kami berkonvoi ke Chekkar untuk makan tengahari. Memang sedap masakan di sini. Menu utama ikan tenggiri. Macam-macam lauk ada. Yang paling special ikan tenggiri la. Harga murah dari Malaysia. Memang tak rugi datang makan kat sini.


Selesai makan tengahari, konvoi bertolak pula ke Padang Besar, emmmm shopping lagi kat sana...hehehe
Setelah selesai shopping apa yang patut, singgah pula ke kodiang untuk menikmati makan malam.


Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Semua seronok, tapi rasa kena p lg coz central and bazar tak sempat nak pergi kali ni....anyway anak-anak suka and tak sabar nak pergi lagi.

Emmm nasib baik trip kami pergi pada 11-13 Mac 2012. Hatyai kena bom pada 31 Mac 2012. Habis McD and Lee Garden meletup. So terpaksa la postpone trip to Hatyai. InsyaAllah kalau semua dah reda maybe akan ok balik.




Trip to Hatyai & Songkhla Thailand Slideshow: ZanaFandy’s trip from Bukit Kayu Hitam (near Padang Besar, Perlis, Malaysia) to 3 cities Hat Yai, Songkhla and Kodiang Kedah (near Kangar) was created by TripAdvisor. See another Thailand slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

1 comment:

  1. Looks like fun. Now I'm motivated to go to Hatyai too. :) Hungry too after looking at all the delicious food.

    ReplyDelete