Friday, February 3, 2012

Anuar Zain - SEDETIK LEBIH

SEDETIK LEBIH
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
EDRY ABDUL HALIM


Tips untuk sihat dan mudah!! 5 jenis minuman penawar racun dlm tubuh.

1. Air Kosong
... Dr Poonam Rathod, pakar kesihatan, berkata, pengambilan air kosong secara teratur mengikut keperluan tubuh mampu membersihkan sistem pencernaan, serta menghilangkan racun dan sisa-sisa makanan yang melekat di usus. Ini membuat tubuh dan perut bersih dari sisa makanan.

2. Air Kelapa Segar
Cecair ini boleh mendetoksifikasi tubuh secara semulajadi. Selain membersihkan saluran pencernaan, minum air kelapa akan meningkatkan kekebalan tubuh dan bermanfaat menjaga tubuh tetap terhidrasi dengan baik.

3. Jus Labu
Jus labu adalah ubat semulajadi yang sangat baik bagi mereka yang pesakit masalah pencernaan dan keasidan. "Ini kerana sifat alkali-nya. Serat dalam sebotol jus labu juga menyembuhkan masalah pencernaan, "kata Dr Rathod.

4. Teh Hijau
Teh hijau adalah merupakan antioksidan semulajadi yang mengandungi polifenol, sehingga membantu meregulasi glukosa dalam darah. "Polyphenol menghalang pergerakan glukosa ke dalam sel-sel lemak, dan mencegah mereka memasuki aliran darah," jelas Dr Rathod.

5. Jus Oren
Adalah sumber vitamin C, yang dikenali untuk meningkatkan imuniti. Oren kaya dengan flavonoid, antioksidan, yang melindungi sistem imun manusia dengan bertindak terhadap kuman dan bakteria yang menyebabkan penyakit.
 
Dipetik dari : fb KurusDalam10Hari