Friday, May 18, 2012

KHASIAT TAUGEH


Zana memang suka sangat makan taugeh, tambah yang ragup ragup...perghhhh sedap, siap boleh dijadikan ulam lagi. Emmm yang paling seronoknya jumpa artikel ni. So tak menyesal lah menjadi pengemar taugeh selama ni....hehehe
                               KHASIAT TAUGEH
 
Menu taugeh untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Taugeh dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Lebih Subur
Tapi tahukah anda, taugeh yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Taugeh dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Cegah Kanser
Bagaimanapun, khasiat taugeh tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan punca kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan taugeh sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine) iaitu sejenis asid amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan punca kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Baik Untuk Wanita
Selain itu, taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Kurangkan Lemak
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450%. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil taugeh dalam menu harian mereka. Saponi dalam taugeh, menghalau 'lemak jahat' LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Lebih Muda
Taugeh padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan taugeh merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Buang Kotoran
Satu lagi khasiat taugeh yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama taugeh dalam memerangi sel kanser. Apabila kotoran segera meninggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.



"rugi rasanya siapa yang tak suka taugeh!!!"
...hehehe

 
 
Sumber : Blogger - ALS

3 comments:

  1. terjumpa info ni, juga pasal tauge… sharing is caring :) - Khasiat Tauge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaa Thanks armouris for more information...:)

      Delete
  2. Thanks for sharing. Now I have to force myself to eat taugeh.. Ok.. Maybe not.

    ReplyDelete