Sunday, October 18, 2009

Exora Owners Club Malaysia (EOCM)


19 Oktober 2009



Kebanggaan kami

AHLI Kelab Pemilik Exora Malaysia pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Cyberjaya, kelmarin.

BUAT pertama kali, Kelab Pemilik Exora Malaysia (EOCM) berkumpul beramai-ramai sambil menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut disertai ahli keluarga masing-masing.
Seramai 64 orang ahli kelab termasuk dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor hadir pada majlis itu yang diadakan di Cyberjaya kelmarin.
Menurut Presiden EOCM, Roslan Ahmad, tujuan penganjuran majlis berkenaan adalah memberi peluang kepada pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Malaysia yang pertama itu bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan terutama tentang kenderaan itu yang masih baru di pasaran.
Penganjuran majlis seumpama itu juga, kata beliau, dapat mendedahkan kelebihan Proton Exora kepada orang ramai khususnya bakal pembeli kenderaan tersebut.




P/S : Hubbyku ade didalam gambar tu!!! Maklumlah Ketua Zon Utara..... Caya la Sayang!!!

1 comment:

  1. waduh2 dasat gaks kan club exora nie...rajin wat activity...next round nak p mana lak? kali nie kena bwk family skali lar...baru meriah...ahaks!

    ReplyDelete