Monday, April 9, 2012

JADILAH PEKERJA YANG PROFESIONAL

Smiley

Profesional itu tidak hanya disandang oleh mereka yang bekerja di gedung pejabat besar atau para bos yang memakai blazer dan bertali leher sahaja. Profesional boleh diterapkan sejak usia 20-an. Dengan bersikap professional maka orang lain akan lebih menghormati kita. Namun kebanyakan dari kita ada yang bingung, bagaimana cara bersikap profesional itu.

Berikut ini beberapa cara bersikap profesional:


1. Melaksanakan tugasan walau tiada mood
Mood. itu sangat wajar, namanya juga manusia. Yang tidak baik, apabila mengganggu ritma kerja. Apalagi mengganggu keseluruhan sistem. Kecenderungan moody biasanya dialami oleh perempuan. Meskipun demikian, tidak tertutup kemungkinan boleh juga terjadi kepada lelaki. Jadi bagaimana? Ia melibatkan psikologi. Yakinlah saja bahawa kita yang mengendalikan mood, bukan sebaliknya.

2. Marahlah pada tempatnya
Marah itu juga semula jadi. Menjadi tidak baik, jika marah kita berantai alias tidak selesai-selesai. Dan menjadi tidak baik juga jika marah kita pada satu hal, dilampiaskan pada hal lain. Atau pada satu orang, lalu dilampiaskan pada semua orang. Posisi menentukan kadar kemarahan. Bukan kerana posisi lebih tinggi, lalu bebas marah-marah ke posisi yang lebih rendah? Atau merasa terseksa kerana tidak boleh marah ke posisi yang lebih tinggi dari kita? Segera dinginkan kepala dan hati kita. Buang tenaga kemarahan itu sejenak dengan cara yang lebih baik.

3. Cepat faham
Jika anda tergolong orang yang lambat faham sesuatu, anda perlu berubah. Orang akan malas dan benci berurusan dengan kelembapan. Apalagi di zaman internet dan teknologi ini. Siapa yang leka dia yang tersingkir.

4. Melakukan yang terbaik
Meski yang kita terima kurang atau tidak sebanding dengan yang kita kerjakan, kita perlu terus melakukan yang terbaik. Berani membuat keputusan bererti berani terima risiko Jika sejak awal tidak mampu atau tidak suka dengan tanggungjawab yang diberikan mengapa menerima kerja tersebut. Jika mahu menjadi profesional, jadilah orang yang bertanggungjawab.

5. Menepati janji
Man in honour, keeps his words. Berhati-hatilah dalam menjanjikan sesuatu. Jangan amalkan suka membuat janji-janji palsu.


by : anizyn.blogspot.com
       gilerkentang.com

Sunday, April 8, 2012

Petua Menduduki Rumah Baru


1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam







Image: Danilo Rizzuti / FreeDigitalPhotos.net
p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran

Saturday, April 7, 2012

Petua Dapur : Daging Menjadi Lembut & Cara Mudah Kupas Kentang



Akar Pandan Melembutkan Daging
Memasak daging lazimnya mengambil masa yang lama untuk mengelakkannya liat. Cuba petua ini.  Ambil sedikit akar pandan, bersihkannya dan kemudian kisar sehingga halus.  Rebus bersama daging.  Hasilnya daging akan menjadi lembut.
Cara Mudah Mengupas Kentang
Bagi memudahkan tugas mengupas kentang, anda hanya perlu merendamkannya di dalam air yang telah dilarutkan garam.  Biarkan semalaman.  Keesokannya kupas kentang dengan tangan.  Kulit kentang akan terpisah dari isinya dengan mudah.  Cara ini praktikal jika anda hendak memasak kentang dalam kuantiti yang banyak.
 
  
Dipetik dari : www.orangmuo.com

Friday, April 6, 2012

Tak perlu belajar tinggi2 untuk dapatkan PHD ini!!!

Jenis Perasaan Hasad Dengki (PHD)!!!


Pertama, ada pendengki yang berusaha menghilangkan nikmat yang diperoleh orang yang didengkinya, dengan ucapan seperti fitnah dan perbuatan, meskipun dia tidak mengharapkan nikmat tersebut pindah kepada dirinya.

Kedua, ada pendengki yang selain berusaha menghilangkan nikmat dari orang yang didengkinya, ia juga berusaha memindahkan nikmat tersebut kepada dirinya.

Ketiga, ada orang yang bila mendengki orang lain, ia tidak melanjutkan dengki itu dalam bentuk ucapan maupun perbuatan. Dan demikian itulah tabiat yang sekaligus kelemahan manusia; hampir selalu menginginkan  dan memiliki apa yang dimiliki orang lain.

Keempat, ada juga iri hati yang tidak menginginkan nikmat itu hilang dari kawannya, tetapi ia berusaha keras bagaimana mendapatkan nikmat semacam itu.

(Dipetik dari : Tausyiah275)


Emmm yang ke-empat tu bagus!!!...so iri hati untuk berusaha lebih demi kejayaan adalah jalan yang terbaik Jadikan lah kawan kita yang telah berjaya ini sebagai contoh dan bukan untuk menjatuhkan kawan, perli-perli kawan atau mengumpat. Kan lebih mulia sekiranya kita tumpang gembira dengan kejayaan kawan2 dari menikam kawan2 dari belakang. Kita fikirkan dulu diri kita ditahap mana dan sekiranya kita juga boleh berusaha lebih InsyaAllah kita akan berjaya jua. Fikirlah hati dan perasaan kawan2. Sekiranya kawan2 yang berdengki pula dengan kita dengan cara yang tak baik, kita jugak akan sakit hati bukan??? Jadi berfikirlah dengan sewajarnya!!!...Mulut juga alat yang penting supaya tidak mengeluarkan kata-kata sendiran atau perli. Sebagaimana kita mahu orang menjaga aib kita, begitu juga dengan orang lain. So lebih baik berdiam diri dari bersuara....


Big Smileys
 Senyum...tak perlu kata apa-apa!!!



Emmmm....jangan suka bandingkan diri kita dengan orang lain. Kita tidak tahu perjalanan hidup seseorang itu. Bersyukurlah pada apa yang kita ada. Semuanya memberian dari Allah. Allah memberi dan dengan sekelip mata Allah juga boleh mengambilnya kembali. Susah senang sesorang itu hanya Allah yang tahu. Mungkin ada yang lebih susah dari kita... 
So fikir-fikirkan lah!!!




Diriku ini tidaklah sebaik mana, tapi sama juga seperti manusia lain. Walaupun pada zahirnya kelihatan agak tidak sempurna tetapi diri ini juga tahu hukum hakamnya, halal dan haram. Jadi jangan lah sesuka hati menilai seseorang itu dari segi zahirnya sahaja. Dan sebagai manusia biasa, diri ini juga tidak ada hak untuk memberi teguran sepertimana "ustaz" atau "ustazah" tetapi diri ini juga tahu batasan-batasannya kerana telah didik oleh kedua ibubapa yg taat pada agama. Sekiranya diri orang lain lebih bagus, alhamdulillah. Tetapi diri yang bagus itu  pula janganlah memandang orang lain dengan sebelah mata. Menilai orang dengan sesuka hati tanpa berfikir panjang. Bagus macam mana pun seseorang itu, maka jangan lah berbangga diri. Janganlah bercakap ikut sedap mulut dan tidak memikirkan perasaan orang lain. Jangan lah rasa kita yang paling bagus dan perfect. Tiada manusia yang benar-benar PERFECT. Jangan lah rasa diri yang bagus itu tahu semua atau pandai semua. Bercakap macam diri yang bagus itu hebat, memberitahu segala amalannya yang sepatutnya hanya diri dan Allah sahaja yang mengetahui, tidak perlu dicanang-canang,  maka lama kelamaan akan jadi RIAK. Carilah sendiri apa hukum riak disisi Allah..... Kesabaran seseorang manusia itu ada pada hadnya.

Semoga Allah sentiasa merahmati kita 
dimana saja kita berada...AMIN.


Wednesday, April 4, 2012

Perangai Wanita Yang Buta Hati dan Kasar Lidah

Lelaki yang hidung belang memang tidak ambil kisah tentang keperibadian seorang wanita. Apa yang penting buat mereka adalah seksi dan boleh memuaskan nafsu keji mereka. Tetapi, lelaki sejati yang beriman tidak akan sanggup mengambil isteri seorang wanita yang jahil, busuk hati dan kesat lidah sebagai pendamping hidup.
Ada pula yang mengambil risiko cuba-cuba untuk nasib, manalah tahu si jelita ini boleh berubah perangainya suatu hari nanti, tapi nahas pula yang diperolehi, habis beribu ringgit melabur supaya isteri berubah, tetapi tidak juga berhasil usaha untuk ‘turn over’ hati dan sikapnya.
Setiap wanita yang dilahirkan dalam keadaan sempurna jasmaninya, jangan berpuas hati dahulu sebelum menilai kelemahan yang tersembunyi dari pandangan orang lain. Jika korang (wanita) yang memiliki sifat-sifat berikut ini, baik berhati-hati kerana setiap lelaki yang mengenali mungkin akan lari meninggalkan korang


1) Buta hati
Cantik paras rupa tetapi buta hati. Tidak akan selamat sesiapa pun yang mendampingi wanita sebegini. Hati merupakan pusat tenaga pada diri manusia. Jika baik hatinya maka baiklah amalannya dan begitulah sebaliknya. Mengapa sibuk mandi aura bunga-bungaan sebagai pembangkit tenaga dalaman tetapi hati pula dibiarkan busuk dan bernanah.
Apakah yang menyebabkan hati busuk?
i) Tidak mengenal Allah dan Rasul dengan sebenarnya
Jalan mengenal Allah dan Rasul adalah dengan mempelajari al-Quran dan hadis.
Hati yang tidak disentuh ayat-ayat Allah dan ilmu-Nya, semakin lama akan menjadi semakin kotor, busuk dan tenat kerana tabiat hati diciptakan Allah SWT memerlukan makanan. Makanan hati adalah al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
ii)Agama tidak melarang manusia bersenang-senang, tetapi hidup ini mesti seimbang antara dunia dan akhirat. Jika setiap hari keletihan akibat mengikut segala kemahuan hawa nafsu sehingga tidak larat untuk beribadah, tentu keadaan sebegini akan menyebabkan seseorang menjadi lalai. Jika sudah lalai, hati menjadi keras dan busuk, tidak mampu membezakan yang baik dan buruk dalam perbuatannya.
iii) Menjadikan syaitan sebagai teman akrab
Amat berbahaya jika syaitan duduk dalam hati manusia. Meniupkan angin dengki, prasangka buruk, dendam amarah, riak dan sombong. Jangan biarkan syaitan masuk ke pintu hati kita dan menebarkan racun-racunnya. Berlindunglah kepada Allah SWT daripada gangguannya. Hati yang busuk melahirkan perangai-perangai yang gila, menyusahkan diri dan orang lain. Tidak ada wanita yang lebih hodoh dari si pendengki, pencemburu buta dan pendendam. Maka waspadalah!

2) Kasar lidah
Kehodohan yang paling ketara adalah ketika seorang wanita melepaskan panahan lidahnya. Tajam menusuk hati orang yang mendengar, menyebabkan siapapun enggan bersahabat dengannya. Suami menghindari, anak-anak lari, jiran dan handai taulan menutup diri tidak mahu berhubungan dengan wanita yang tidak pandai menjaga lidahnya. Mengumpat, memfitnah dan mencaci telah sebati dalam dirinya. Maka cerminlah dirimu duhulu sebelum berkata-kata!!!

Al-Quran telah memberi amaran seksa bagi orang yang mengumpat saudaranya yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan prasangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.”
- (Surah al-Hujurat ayat 12)
Sesungguhnya BUTA HATI dan 
KASAR LIDAH adalah sehina-hina perangai yang dibenci makhluk apatah lagi 
Allah Taala yang Maha Suci. 

Kecantikan perlu diusahakan dan dicari, maka berhiaslah 
dan berubatlah untuk kecantikan zahir dan batin.


9 jenis wanita yang jadi perhatian

1. Sikap Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan - Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian - Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan - Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara - Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri - Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri - Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin - Lelaki suka wanita yang murah hati,mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.


Petikan dari : 26ramd.blogspot.com