Friday, December 10, 2010

BezDayku 10 Dec 2010...

Emmmm hari ni genap usiaku 38 tahun....alamak dah makin tua la...huh huh huh. Terima kasih kepada my hubby, anak2 dan kawan-kawan yang tidak pernah lupa akan tarikh bezday aku. Kali ni bezday aku diraikan 2 kali, di pejabat dengan kek dan pizza dan bersama family disebelah malam dengan kek dan pizza juga.....emmm yummy....kenyang sungguh. Buat kawan-kawan opis, terima kasih kepada semua yang susah payah organize party ni untuk aku dan juga hadiah-hadiah. Terima kasih juga pada hubby yang hantar jambangan bunga untukku dan juga hadiah (like it so much!!!).

 Bunga BezDay Dari Hubby Tercinta

Kek dari kawan-kawan

Kek dari anak-anak

Tuesday, July 6, 2010

3Days 2Nights at Bukit Merah LakeTown Resort

2hb Julai 2010 bercuti ke Bukit Merah, stay at Suria Apartment. Bertolak dari rumah 6.5o pagi singgah di Mc Donald Juru sebentar untuk sarapan pagi. Selamat sampai di Bukit Merah pada pukul 1.00 tengahari dan terus check-in. Makan tengahari dengan bekal yang telah dibawa siap dari rumah. Pukul 3.00 menuju ke Bukit Merah WaterPark untuk membeli ticket ke WaterPark, EcoPark and Orang Utan.

Hari pertama percutian...pergi ke Orang Utan Island menaiki boat yang telah disediakan...







Melawati zoo di EcoPark...






Hari Kedua Percutian...11.oo pagi bermandi-manda di WaterPark sehingga pukul 6.00 petang...



4hb pukul 11.30pagi check-out dan balik ke rumah. Emm habis semua hitam!!! tapi enjoy...

Monday, July 5, 2010

HaPPy 11th BirThDaY To AniQ


Tanggal 5 Julai 2o1o, genaplah usia AniQ FaRuQi 11 tahun. Celebration kali ni diraikan di piZZa hut...tapi terlewat 1 hari coz aniq, aiman & aify kurang sihat selepas balik dari bercuti di Bukit Merah...

Buat AniQ tersayang, mama doakan sentiasa sihat, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, mudah memahami apa yang diajar dan rajin-rajin lah belajar, sehingga AniQ berjaya.....AMIN.






Monday, June 21, 2010

HaPPy Father'S DaY

Selamat Hari Bapa buat mereka yang bergelar "BAPA"....

Buat Abah...dirimu dan jasamu tetap dalam ingatan....
“Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, padaMu kami memohon kurniakan keampunanan dan kesejahteraan serta cucurilah setinggi-tinggi rahmatMu ke atas rohNya. Semoga ditempatkanNya bersama-sama mereka yang beriman dan beramal soleh.”

Al-Fatihah Buat ABAH tercinta..............AMIN



Buat Suamiku,
"Selamat Hari Bapa" dan terimalah kad ucapan ini dari anak-anakmu....



celebrate Father's Day tahun ni di Hotel Star City, Alor Setar....






Thanks to Alice for booking the table...

Saturday, May 29, 2010

EOCM & Jualan Amal IRM IKIM di Regency Hotel

Keratan dari akhbar sinar 01hb Jun 2010


Pada 29 May 2010,buat julung-julung kalinya di Utara telah berlangsung Jualan Amal di Alor Setar bagi mengutip dana dan derma yang diuruskan oleh pihak Islamic Relief Malaysia dengan kerjasama Radio IKIMfm dan Regency Hotel.Dan sebagai penghormatan,ahli-ahli EOCM di Utara telah dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dengan penglibatan EOCM lebih kepada aktiviti berkonvoi sambil mengutip derma di kawasan sekitar Bandaraya Alor Setar.Ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak IRM seluruh Malaysia dan untuk pertama kali dalam tahun ini,Alor Setar telah dipilih untuk menjayakan Jualan Amal ini.Seramai 11 ahli EOCM dan keluarga berkonvoi ke 2 lokasi tumpuan iaitu Menara Alor Setar dan Alor Star Mall bagi menyampaikan risalah,cenderahati dan kutipan derma selain menyampaikan mesej tentang fungsi IRM yang mengadakan acara Jualan Amal di hadapan Hotel Regency Alor Setar.

Ahli EOCM NR yang terlibat dalan Jualan Amal.Dari kanan Arar@man,Kingdiamond1,Pulangkani,Nash,Elman,Gandhi,Hafadzmail8994,ExoManiac,Jalak_Lenteng dan kid@Chik

Sunday, May 23, 2010

13th AnniVerSarY...

HaPPy 13th Anniversary....Semoga kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan jodoh kekal hingga ke akhir hayat......AMIN.

Thanks for the lovely Roses and cute Teddy Bears....
Like it sooooooo much!!!!




Hanya ini yang dapat zana berikan untuk ulangtahun kali ini.... Saja nak kasi "surprise".....


Dan yang ini pula bunga bulan lepas yang Sayang tersilap "book".... advance 1 bulan...hehehe
eeemmmm dapat 2 kali la bunga untuk anniversary tahun ni...... yahoooooooo!!!

Wednesday, May 5, 2010

Percutian ke Kuala Lumpur...

Khamis 9.45 malam bertolak ke KL. Singgah sebentar Di SP untuk ambil Tshirt "Double Trouble"...pergghhh excited giler...keh keh keh!!!


jumaat 5:00 pagi sampai serdang...Then pukul 2:00tgh pergi angkasapuri with hubby and family....8:30 malam pergi Alamanda and makan-makan at Burger King sponsered by Jimmy & Co., hehehe..... buat abg jimmy and kak fauziah, tq so much for the lovely meals!!!!... buat abg joe and kak rose, thanks for belanja us "Satay Kajang"!!!!


Sabtu pagi ke 1st Anniversary EOCM at COE Subang jaya.....Konvoi 122Exora ke PD.... so sempat gaks le berposing dgn lotus....


Jeng jeng malam time, pergi ke Konsert Double Trouble.... pergghhh jemm giler so parking 3km from The Mount Kiara Indoor Arena, Kuala Lumpur. Punya la ramai. Tapi puas hati, memang gempaq.....best!!!!!

Hari Isnin malam...faizul and family bawa ke I-City Shah Alam.....eeemmm cantik sungguh....

Cantik sungguh pemandangan di sini... thanks to ajoi n family for taken the trouble to bring us there.