Monday, April 4, 2011

Kursus Asas Go-Kart Negeri Kedah 2011

Shabas buat anak-anak mama & ayah...AniQ Faruqi & AiMaN Faruqi kerana berjaya menamatkan Kursus Asas Go-Kart Negeri Kedah 2011 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kedah dan Kelab Sukan Bermotor Langkawi  pada 1hb - 2hb April 2011 bertempat di Litar Go-Kart Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Seronok sangat Aniq & Aiman dapat bawa go-kart. Aiman 1st day belajar bawa go-kart dah tekan sakan, sampai cikgu pun terkejut macam dah biasa bawa...tup tup 2nd day Aniq pula yang juara. Emmm tak sangka Aniq ada bakat, sampai boleh masuk ke peringkat akhir. Tapi apakan daya dapat nombor 3 semasa final. Tapi tak kisahlah coz 1st time bawa go-kart dah dapat masuk final, kira ok la tu!!! 

So dah dapat sijil and dah ade basic ni, next time leh la race go-kart lagi!!! all the best to anak-anak mama...yeaahhhhhhhhhhhhh!!!

 Tahniah Aniq coz berjaya ke final


 Aiman boleh cuba lagi tahun depan...

Ayah pun tak mau ketinggalan...hehehe

 Aniq sebagai wakil dari Sekolah Taman Rakyat menerima Sijil
dari Jabatan Belia & Sukan Negeri Kedah
dan Kelab Sukan Bermotor Langkawi


Terima kasih kepada Guru yang mengajar.

Terima kasih kepada En.Megat dari JBS Kedah
diatas usaha beliau mengadakan Kursus Go-Kart ini.

 Peserta-peserta yang menyertai Kursus Go-Kart
di Litar Go-Kart Antarabangsa UUM, Sintok, Kedah.



No comments:

Post a Comment