Saturday, October 15, 2011

HaPPy 39th BeZdaY to mY HuBBy....

10hb Oktober 2011 pukul 6.15 petang selepas balik dari kerja aku sempat bersama hubby borak2 sambil layan fb. Tup2 perut aku sakit. Pergi dapur makan nasi sikit. Pastu mandi2 and buat apa yang patut...Then terasa perut sakit lagi....masuk bilik rehat kejap..perut masih sakit disebelah kanan. Aku bagitau hubby...dia kata tunggu kejap kot2 baru lepas makan. So aku relax sat..oleh kerana sakit sangat perut di sebelah kanan so aku baring kejap...tup2 bila nak angkat kaki belah kanan perut makin sakit....uikkkk appendix ke???? masa tu jam dah pukul 8.30 malam...bagitau hubby maybe appendix, then dia suruh siap2 terus ke Poliklinik Mutiara Jalan Sultanah. Sampai je klinik….perghhhhhh punya la ramai…masa tu baru org ke 20, aku no.32….alamak sakit sangat ni…tapi tetap kena tahan kesakitan. Sampai je giliran aku, doktor cek…tekan2 emmmm confirm appendix (alamak kantoi la plan untuk bezday hubby esok!!!), pastu doktor kata tak pa scan pulak tengok macam mana…scan2 tak nampak… Then doktor buat surat suruh refer KMC (Kedah Medical Centre). Pi pulak KMC. Sampai je KMC nurse tu nampak surat dari Poliklinik Mutiara terus dia suruh masuk baring kat dalam. Nurse pi panggil doktor, kebetulan doktor pakar ada masa tu….Doktor Mohammad cek kata confirm appendix…esok operation…huh huh huh...so aku sign la apa yang patut...nurse cucuk nak boh drip and amik darah....hubby pulak kalut buat macam2 and balik umah amik baju dan lain-lain.

11hb Oktober 2011, pukul 5.00 pagi lagi aku dah massage kak nida kata plan bertukar, kena antar kek ke KMC coz aku kena tahan wad nak kena buat operation sat lagi. Kak nida terkejut… hehehe….apa boleh buat, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. So pukul 7.30 pagi kak nida sampai dengan Cheese cake with strawberry (eemmmmm yummy kek tu…semua kata sedap, cuma zana je tak leh makan…huh huh huh…maybe next time..) Thanks kak nida for your service, nanti leh order lagi no!!! Hubby senyumla dah dapat kek bezday early in the morning…hehehe “HAPPY BEZDAY SAYANG!!!”.  Pukul 8.00 pagi nurse2 datang kasi ubat and baju suruh salin. Pukul 9.00 pagi nurse datang tolak masuk OT. Eeeemmm lama tak masuk OT, last sekali tahun 2005 lepas melahirkan anakku yang bongsu….harap2 tak masuk dah lepas ni…huh huh huh. Syukur Alhamdulillah pembedahan telah selamat dijalankan…. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Aku tidak tahu pembedahan selesai pukul berapa yang aku sedar pada pukul 3.00p.m aku dah ada di bilik 215 dan dipenuhi oleh anak2, hubbyku, mak, ,mak mertua, kakak, anak sedara, sedara-mara and kengkawan…Terima kasih kepada mereka-mereka yang datang melawat tak kira jauh atau dekat dan terima kasih juga kepada yang sms dan telephone bertanyakan khabar. Terima kasih kerana membawa berbagai-bagai buah tangan. Terima kasih kepada kengkawan opis yang menghantar jambangan bunga….Dengan adanya kek bezday hubby dapat lah juga menjamu mereka-mereka yang datang melawat. Secara tak langsung, ramai jugak yang sambut bezday hubby tahun ni…keh keh keh

HaPPy 39th BirThDay to my lovely husband Fandy...sorry sayang coz nak buat surprise kali ni tak menjadi sebab zana terpaksa masuk wad dan terpaksa menjalani pembedahan pada hari birthday sayang!!! anyway kek bezday tetap sampai pada tarikh yang ditetapkan cuma di hantar ke KMC bukan ke opis...so terpaksa la celebrate di KMC.   

Walaupun perutku dibedah tetapi hari lahir suamiku tetap tidak dilupakan!!!

Dapat menjamu kengkawan dan sedara-mara yang datang melawat

Hubby punya bezday aku dapat bunga...hehehe
Jambangan bunga dari kengkawan opis....
tq so much guys...love it so much!!!

Harap sayang suka dengan hadiah tu!!!


No comments:

Post a Comment