Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Wednesday, October 17, 2012

NeXo masuk paper

Metro 5 Okt 2012

Berita Harian 2 Okt 2012

Event NEXO "Lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut" mendapat kelulusan dari pihak TLDM kali ini. Pada 15 Sept 2012 familyku bersama keluarga NEXO yang lain masuk ke Markas TLDM untuk membuat lawatan di sana. http://nexonr.blogspot.com/2012/09/konvoi-ke-lumut-perak.html

Alhamdulillah event berjalan dengan lancar disamping bantuan semua rakan NEXO.

Berkat kesabaran serta usaha akhirnya wajah suamiku terpampang juga di akhbar....hehehe. Terima kasih kepada rakan kami iaitu En.Dzaher...jasamu dikenang!!!


Sunday, October 9, 2011

Tadika Baiduri Bestari @ McDonald

Tadika Baiduri Bestari dijemput khas oleh McDonald Alor Setar untuk mengadakan persembahan istemewa sempena "Contest Mewarna Anjuran McDonald" at City Plaza, Alor Setar. Bagi IbuBapa dan pengunjung-pengunjung di situ boleh jugak menderma darah sambil menunggu anak-anak mewarna.

Aify turut serta masuk persembahan BarBie Gurls Dance. AniQ, AiMan, Kak Cik & Afahani turut serta masuk contest colouring....emmmm tapi lima2 tak menang...hehehe...it's ok...atleast they got experience...maybe next time....




Hubby pun ambil peluang derma darah....so tak yah p kat spital!!!

 Tarian Zapin persembahan dari adik-adik Tadika Baiduri Bestari

 Guru-guru Tadika Baiduri Bestari bersama anak2 yang terlibat untuk majlis ini

 Ronald sedang melayan kerenah anak-anak

 Tadika Baiduri Bestari mendapat sumbangan dari Mc Donald
yang telah disampaikan oleh Ronald

 Anak2ku bersama Ronald McDonald

HubbyKu juga tidak ketinggalan...





Saksikanlah persembahan The BaRbiE GuRls DaNce from TadiKa BaiDuRi BesTaRi





Saturday, May 29, 2010

EOCM & Jualan Amal IRM IKIM di Regency Hotel

Keratan dari akhbar sinar 01hb Jun 2010


Pada 29 May 2010,buat julung-julung kalinya di Utara telah berlangsung Jualan Amal di Alor Setar bagi mengutip dana dan derma yang diuruskan oleh pihak Islamic Relief Malaysia dengan kerjasama Radio IKIMfm dan Regency Hotel.Dan sebagai penghormatan,ahli-ahli EOCM di Utara telah dijemput untuk memeriahkan lagi acara ini dengan penglibatan EOCM lebih kepada aktiviti berkonvoi sambil mengutip derma di kawasan sekitar Bandaraya Alor Setar.Ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh pihak IRM seluruh Malaysia dan untuk pertama kali dalam tahun ini,Alor Setar telah dipilih untuk menjayakan Jualan Amal ini.Seramai 11 ahli EOCM dan keluarga berkonvoi ke 2 lokasi tumpuan iaitu Menara Alor Setar dan Alor Star Mall bagi menyampaikan risalah,cenderahati dan kutipan derma selain menyampaikan mesej tentang fungsi IRM yang mengadakan acara Jualan Amal di hadapan Hotel Regency Alor Setar.

Ahli EOCM NR yang terlibat dalan Jualan Amal.Dari kanan Arar@man,Kingdiamond1,Pulangkani,Nash,Elman,Gandhi,Hafadzmail8994,ExoManiac,Jalak_Lenteng dan kid@Chik

Thursday, December 10, 2009

Zana's 37th BezDay .......

Tanggal 10.12.2009 genap umurku 37 tahun!!! Pagi2 lagi dah bersiap untuk ke Cinta Sayang Resort Sungai Petani (The Canivall). Hubby book for 3D2N. Anak-anak seronok coz dapat berendam di Swimming Pool. Tapi hubby sibuk sikit coz arrange meeting for Exora event. On 11.12.09 until 12.12.09 akan diadakan Konvoi EOCM so hubby memang sibuk...eemmmm tak boleh nak kacau, just together with anak-anak.


11.12.09 sibuk tolong AJK NR untuk register bilik and macam2. Letih jugak tapi seronok!!! Hubby sibuk dengan konvoi. Siap ada pengembaran dengan pihak RTM. Masuk TV la lepas ni........
Malam ada BBQ dinner and lucky draw lagi......kami just dapat biskut huh huh huh......ada acara potong kek malam tu. Aiman and aify pun potong kek EOCM bersama-sama semua yang lahir bulan December.



12.12.09 semua members EOCM berkumpul untuk ke "The Carnivall". Eeeemmmm sampai pukul 4.30pm masing2 dah letih dan balik ke Alor Setar.

13.12.09 hubby belikan "Laptop" sebagai hadiah bezday tahun ni.........hehehe suke sangat2.


Thank you so much sayang for the "LAPTOP".... love u muah muah!!!




Sunday, October 18, 2009

Exora Owners Club Malaysia (EOCM)


19 Oktober 2009



Kebanggaan kami

AHLI Kelab Pemilik Exora Malaysia pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Cyberjaya, kelmarin.

BUAT pertama kali, Kelab Pemilik Exora Malaysia (EOCM) berkumpul beramai-ramai sambil menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut disertai ahli keluarga masing-masing.
Seramai 64 orang ahli kelab termasuk dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor hadir pada majlis itu yang diadakan di Cyberjaya kelmarin.
Menurut Presiden EOCM, Roslan Ahmad, tujuan penganjuran majlis berkenaan adalah memberi peluang kepada pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Malaysia yang pertama itu bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan terutama tentang kenderaan itu yang masih baru di pasaran.
Penganjuran majlis seumpama itu juga, kata beliau, dapat mendedahkan kelebihan Proton Exora kepada orang ramai khususnya bakal pembeli kenderaan tersebut.




P/S : Hubbyku ade didalam gambar tu!!! Maklumlah Ketua Zon Utara..... Caya la Sayang!!!