Showing posts with label PeTua - PeTua. Show all posts
Showing posts with label PeTua - PeTua. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

Petua Menduduki Rumah Baru


1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam - Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam







Image: Danilo Rizzuti / FreeDigitalPhotos.net
p/s- petikan perkongsian ilmu..syukran

Saturday, April 7, 2012

Petua Dapur : Daging Menjadi Lembut & Cara Mudah Kupas Kentang



Akar Pandan Melembutkan Daging
Memasak daging lazimnya mengambil masa yang lama untuk mengelakkannya liat. Cuba petua ini.  Ambil sedikit akar pandan, bersihkannya dan kemudian kisar sehingga halus.  Rebus bersama daging.  Hasilnya daging akan menjadi lembut.
Cara Mudah Mengupas Kentang
Bagi memudahkan tugas mengupas kentang, anda hanya perlu merendamkannya di dalam air yang telah dilarutkan garam.  Biarkan semalaman.  Keesokannya kupas kentang dengan tangan.  Kulit kentang akan terpisah dari isinya dengan mudah.  Cara ini praktikal jika anda hendak memasak kentang dalam kuantiti yang banyak.
 
  
Dipetik dari : www.orangmuo.com

Saturday, October 8, 2011

TIPS MEMBEZAKAN MADU ASLI ATAU TIRUAN


Ada beberapa tips yang boleh dikongsi ber...sama untuk mempastikan samada madu itu asli atau tak. Berikut adalah tips2 untuk membezakan madu asli dan madu tiruan :-

1. Tuang sedikit madu di dalam bekas kemudian campurkan sedikit air dan digoyangkan perlahan-lahan. Jika membentuk sarang lebah menandakan ia adalah madu asli dan tulen tetapi jika sebaliknya seperti rekahan dan sebagainya, menandakan adanya campuran. Keistimewaan ini menunjukkan bagaimana bentuk sarang lebah begitulah bentuk madunya apabila di uji.

2. Apabila menuang di atas bekas , madu tidak terputus-putus kerana ianya pekat. Manakala madu biasa akan terputus-putus.

3. Apabila madu dititiskan di atas bekas atau tapak tangan ia secara semula jadi akan membentuk bulatan 100 peratus, ia tidak akan leper walau sekecil mana sekalipun titisan itu.

4. Madu yang benar-benar asli tidak beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan tahan lama sehingga lima tahun bahkan boleh mencapai ratusan tahun , manakala madu tiruan akan beku apabila di simpan di dalam peti sejuk dan akan mengeluarkan buih di bahagian atas.

5. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan

6. Madu asli tidak disukai semut kerana tiada kandungan gula, sedangkan madu tiruan sebaliknya.

7. Madu asli tidak mudah tembus pada kertas.

8. Akan terdapat mendapan pada dasar botol madu (gula) jika di biarkan untuk tempoh yang lama.

9. Celup kepala mancis pada madu dan cuba nyalakan. Jika menyala mancis itu maka madu tersebut adalah madu asli.


 

Monday, August 1, 2011

PeTua - PeTua BerGuNa UnTuK SeMua.....

Petua Untuk Mengurangkan Masalah Angin Dalam Badan

Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata ;"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya, kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana, apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap."

Epal berkhasiat membuang angin dalam badan.
Apa yang perlu anda buat:
1. Cium atau hidu bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
Pastikan anda hidu atau cium dahulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.


 from facebook by Pak Ngah - Farit Ismeth Emir

  

1. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam dan biarkan dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan. Air liur basi kita tu ada enzim yg boleh menjadi ubat. Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu penawar berbagai penyakit.

2. Lepas buat petua no.1 di atas, urutkan pula wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali. Tapi ingat, dari bawah ke atas ye, kalau dari atas ke bawah orang kata makin cepat berkedut pulak.Amalkan setiap hari. InsyaAllah....