Sunday, October 18, 2009

Exora Owners Club Malaysia (EOCM)


19 Oktober 2009



Kebanggaan kami

AHLI Kelab Pemilik Exora Malaysia pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan di Cyberjaya, kelmarin.

BUAT pertama kali, Kelab Pemilik Exora Malaysia (EOCM) berkumpul beramai-ramai sambil menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang turut disertai ahli keluarga masing-masing.
Seramai 64 orang ahli kelab termasuk dari Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor hadir pada majlis itu yang diadakan di Cyberjaya kelmarin.
Menurut Presiden EOCM, Roslan Ahmad, tujuan penganjuran majlis berkenaan adalah memberi peluang kepada pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) buatan Malaysia yang pertama itu bertukar-tukar maklumat dan pengetahuan terutama tentang kenderaan itu yang masih baru di pasaran.
Penganjuran majlis seumpama itu juga, kata beliau, dapat mendedahkan kelebihan Proton Exora kepada orang ramai khususnya bakal pembeli kenderaan tersebut.




P/S : Hubbyku ade didalam gambar tu!!! Maklumlah Ketua Zon Utara..... Caya la Sayang!!!

Sunday, October 11, 2009

HaPPy BezDay To My HuBBy.....

Happy Bezday Sayang, moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu hendaknya...... Eeeemmm kalau rezeki makin bertambah, ingat-ingat la pada bini and anak2, jangan sumbangkan ke pihak yang tidak berkenaan pulak!!!!!



Sempena ulangtahun yang ke 37 ni, hadiah ni aje yang dapat zana berikan..... Eeemmm memang suke la kan coz Sayang sendiri yang minta.....hehehe






Eeemmm celebrate di Arizona Pizza, Jalan Pegawai......










Ok.... dah makin tua dah ek!!!....hehehe....

Wednesday, September 30, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1430H

Raya tahun ni kami semua balik ke Taiping Perak. Hari Rabu 16.09.09 pukul 11.30mlm bertolak ke Taiping. Cuti start from 17.09.09 sampai 23.09.09. Eeeemmmm raya ke-3 dah kena balik.........

Anak-anakKu memohon ampun dan maaf dipagi raya....


Aniq Faruqi memohon ampun dan maaf dari ayah tercinta....


Disusuli pula oleh Aiman Faruqi....



Dan adik yang kecil ni hanya nak kan duit raya........

Bersama-sama Pak Long Muaz and Pak Ngah Muamal menjamu selera di pagi Syawal.....

BerBuka DiRumah Bonda

Eeemmm bulan puasa kali ni dapat jugak berbuka bersama mak di Seberang Perak.


Amacam... eeeeemmmmm sedap kan!!!!
Mak buat tahu sumbat, and lauk-lauk yang dibawa dari Taman Melor....

Thursday, August 13, 2009

MoDeL oF tHe YeAr...2oo9

AiFyRiSya dengan GaYaNya YaNg TerBaru

Friday, July 10, 2009

Kenduri Arwah Buat AbaH.....

10 July 2009 @ 17 Rejab 1430H Kenduri Arwah 100 hari buat AbaH. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.



Abang Joe sibuk meng'organize para tetamu.











P/S : Tima kasih pada kengkawan yang turut hadir ke majlis kenduri : FyZa, WiE, Bib, Ida, Amee & WiNNie (Lupalak nak amik gambar....hehehe)

Sunday, July 5, 2009

HaPPy 10th BezDaY To AniQ.........

Today AniQ genap 10 tahun. 10.00a.m. MaMa, AyaH, OpaH and AiFy ke 4 SeNtoSa, SeKoLaH TaMaN RakYaT, untuk raikan Hari Lahir AniQ yang ke 10. Kawan-kawan Aniq sukeeee sangat coz dapat makan Nasi Lemak & dapat free bag lagi.......... 6.00p.m. buat jamuan di TaMan MeLor Pula. Eeeemmmmm seronok AniQ kali ni. MaMa sentiasa berdoa kepada Allah moga AniQ dipanjangkan Umur, dimurahkan rezeki,dilindungi dari segala penyakit agar AniQ sihat sentiasa, rajin belajar dan menjadi anak yang baik, AMIN...........